Aktivisme Zulkifly Ibrahim

Kini, Ustaz Zulkifly Ibrahim meskipun bergiat aktif di dalam kancah politik tanahair khususnya di Negeri Perak, beliau juga sangat aktif di dalam kerja-kerka aktivisme di dalam dan di luar negara.

Sejak Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ditubuhkan pada tahun 2009 dalam usaha membantu rakyat Palestine yang dizalimi oleh Rejim Zionis Israel, Ustaz Zulkifly Ibrahim diamanahkan sebagi Pengerusi Dewann Syura badan tersebut. Antaranya ialah penglibatan dalam misi kemanusiaan. [5]

Begitu juga di dalam pergerakan da'wah Islamiyah di Negeri Perak, beliau adalah pengasas bersama Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY) dan memikul amanah sebagai Setiausaha sejak 2006 hinga 2009 dan selepas itu hingga kini sebagai Timbalan Pengerusi badan tersebut. Pada tahun 2006 hingga 2009, Ustaz Zulkifly Ibrahim juga adalah seorang Pengarah Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA).

Sepanjang tahun 1990 hinggalah 1999, di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak menjawat jawatan sebagai Exco Negeri di samping menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua ABIM Cawangan Daerah Kinta dan ABIM Cawangan Bandaraya Ipoh. sepanjang khidmat sebagai pimpinan belia, beliau juga di amanahkan sebagai Timbalan Pengerusi dan Exco Majlis Belia Daerah Kinta sejak tahun 1995 hinggalah tahun 2005.

Di dalam Persekutuan seruan Islam Negeri Perak, beliau pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha dan dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa sejak tahun 1996 hinga 2000. Dan sejak tahun 2012 dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa untuk pengal 2012 hingga 2015.

Sebagai bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah, beliau juga aktif di dalam pertubuhan bekas pelajarnya iaitu Alumni SISTA dan memikul jawatan sebagai Setiausaha selama 10 tahun sejak 1995 hingalah tahun 2005. Di samping itu, sejak tahun 1993 hinga 1997, Ustaz Zulkifly adalah seorang penceramah Biro Tatanegara dan penceramah Motivasi Anak-anak di Radio Ipoh.

Di dalam bidang Pendidikan beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah ABIM, Perak dan SABK Ma'had Al Ummah, Chepor yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.